Tuesday, 22 January 2013

KARI IKAN & DAGING TUMBUK GORENG



Salam buat pengunjung blog ini.. Resepi hari ini yang begitu ringkas sekali. resepi yang amat sesuai bagi mereka yang bekerjaya yang selalu pulang lewat tetapi masih mahu ke dapur. Ianya juga sesuai bagi yang baru belajar memasak.. DAGING TUMBUK GORENG.







DAGING TUMBUK GORENG

Bahan-bahannya:

400gm Daging
1 biji bawang besar
3 ulas  bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam halus
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 inci halia
sedikit minyak

Cara-cara:

  1. Daging hendaklah direbus terlebih dahulu hingga empuk. Masukkan garam.
  2. Daging tadi ditumbuk - jangan sampai hancur
  3.  Panaskan  minyak, goreng daging. Daging jangan digoreng terlalu lama. agak-agak le..
  4. Angkat dan toskan. goreng bawang putih dan bawang merah bersama halia. bila masak masukkan semula daging bersama bawang besar, cili merah dan hijau.
  5. Siap....



KARI IKAN






 KARI IKAN

Bahan-bahannya:

3 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
1 keping asam gelugor
1 sudu kecil halus
2 sudu mkn cili kering yang dikisar
3 sudu makan rempah kari ikan - dibancuh dgn sedikit air
1 biji tomato
1 sudu kecil garam
1 biji bunga lawang
1 batang kecil kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
5 cawan santan
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih.
  2. Bila naik bau masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari.
  3. Masukkan halia dan rempah yang dibancuh tadi.
  4. Tunggu hingga naik bau. masukkan santan dan garam serta cili giling.
  5. Kemudian tunggu hingga mendidih. kacau perlahan-lahan.
  6. Masukkan ikan, kacau lagi perlahan-lahan hingga ikan masak.
  7. Masukkan asam gelugor, tomato dan gula.
  8. Rasa dulu... kalau kurang garam..tambah lagi..hingga capai selera anda..he..he..

SELAMAT MENCUBA