KUEWTIAU GORENG

Assalamualaikum... Selamat pagi.. Pada hujung begini tentu banyak aktiviti ya.. nak selesaikan kerja-kerja yang tertangguh selama seminggu. Rasanya hari minggu adalah hari yang lebih sibuk daripada hari-hari biasa. Namun bagi yang belum berumah tangga tentunya kesibukan itu tidak pada tahap gaban. Untuk pagi ini saya sediakan makanan ringkas untuk family saya. Untuk yang ingin mencuba resepi ringkas ini, berikut adalah cara-cara dan bahan-bahannya. SELAMAT MENCUBA... SIMPLE.., RINGKAS.... & MUDAH..

KUEWTIAU GORENG



BAHAN-BAHAN:

800 gm Kuewtiau
2 ulas bawang merah}
7 ulas bawang putih  } dikisar bersama sedikit air
1 biji bawang besar  }
2 biji lada kering       }
 3 batang sawi - kalau suka lebih sayur boleh tambah
12 biji bebola ikan  - dibelah dua
1 batang daun ketumbar}
1 batang daun bawang   } dimayang halus
4 ekor sotong yang sederhana besar - dipotong
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tomato
garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya (lbh krg 4 sudu besar)


CARA-CARANYA:

  1. Panaskan minyak, bila minyak panas masukkan bahan kisar.
  2. Kacau - bila naik bau masukkan kicap dan sos tomato.
  3. Kacau sebati.., masukkan garam  dan sotong.
  4. Bila sotong sudah masak, masukkan sawi dan bebola ikan.
  5. Masukkan kuewtiau, kacau dan masukkan daun bawang dan daun ketumbar yang dimayang tadi.
  6. Untuk lebih pedas, potong cili merah dan taburkan diatas kuewtiau goreng tadi.

















Comments

Popular Posts