Friday, 11 January 2013

GULAI DARAT

GULAI DARAT

BAHAN-BAHAN

1/2 kilo Daging
 1  senduk budu
garam secukup rasa
4 Sudu besar rempah kari darat
Santan dari 1 biji kelapa


Bahan yang dikisar

1 sudu Besar rempah ketumbar
2 sudu kerisik (kelapa yang goreng tanpa minyak)
3 biji cili kering (sepatutnya 5 biji tp Ita selalu diberi amaran oleh hubby jgn letak cili byk
supaya  anak-anak  boleh makan..he..he...)
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup



KAEDAHNYA:
  1. Kisar semua bahan-bahan. 
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan daging rempah kari darat.
  3. Masukkan 1/2 cawan air. masak hingga daging empuk. Api jangan terlalu kuat. Perlahan saja...
  4. Bila daging empuk masukkan santan.
  5. Kacau hingga masak
  6. Sedia untuk dihidang