Friday, 25 January 2013

SAMBAL TUMIS TEMPE BERSAMA PETAI

SAMBAL TUMIS TEMPE BERSAMA PETAI

Bahan-bahannya:

1 peket/keping tempe
2 keping petai
1/2 cawan ikan bilis
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 biji bawang besar}
2 biji bawang merah  }
4 biji bawang putih    }dikisar
1 biji cili kering          }  
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
1 biji cili merah-dihiris
minyak untuk menggoreng tempe dan menumis sambal.

Kaedahnya:

  1. Tempe dipotong dan digaul dengan garam dan digoreng garing.
  2. Goreng ikan bilis dan toskan.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Panakan minyak untuk menumis bahan-bahan kisar.
  5. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.Kacau sebati.
  6. Masukkan petai yang dibelah dua. Masukkan gula. Kacau.
  7. Masak hingga pekat, masukkan tempe dan ikan bilis.
  8. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi bersama cili merah.