Friday, 25 January 2013

TAUHU SIZZLING

TAUHU SIZZLING


Bahan-bahan:

1 batang tauhu jepun
1 biji telur
1/3 cawan mix vegatable
1 biji bawang merah  - dicincang halus
2 biji bawang putih - dicincang halus
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu tepung jagung - dibancuh bersama sedikit air
garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya:
  1. Tauhu dipotong anggaran 2 cm tebalnya. 
  2. Goreng tauhu dalam minyak panas, bila masak toskan.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
  4. Masukkan mix vegetables,masukkan garam dan sos tiram.
  5. masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air tadi. Kacau.
  6. Masukkan telur, bila telur masak masukkan tauhu.
  7. Taburkan cili merah dan hijau.