ASAM PEDAS

Assalamualaikum..

Salam kegembiraan buat semua dihujung minggu. Bagi baru balik bercuti dikampung sempana Tahun Baru Cina..selamat kembali untuk bertugas ahad dan isnin ya.. Tentu nya kegembiraan berganda ya..bila dapat berjumpa orang tua dikampung disamping beristirehat setelah berpenatan dengan tugas dan tanggung jawab. Di bandar Kota Bharu kesesakan memang tahap kritikal...bila musim-musim cuti begini. Hotel-hotel dan guest house boleh dikatakan kesemuanya penuh. Jadi bila keadaan yang macam ni Ita biasanya akan kurangkan keluar rumah.. tak larat untuk mengharungi traffic jam..

Namun dalam pada kita bercerita tak lupa resepi Ita hari ialah Asam Pedas.., tak mahu berceloteh panjang-panjang kita terus kepada cerita Asam Pedas ya... Sebut saja asam pedas ni.. teringat kenangan di Melaka. Di Melaka, asam pedasnya memang best..


ASAM PEDAS

Bahan-bahannya:

3 keping ikan tenggiri
2 batang serai - dititik
4 biji kacang bendi
1 kuntum bunga kantan - dibelah 4
10 tangkai daun kesum
4 cawan air

Bahan Kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
4 cm lengkuas
3 cm kunyit
6 biji cili kering (ikut selera ya..) jika..suka pedas lebihkan cili
sedikit belacan

Bahan Tumis:
3 biji bawang merah-dihiris
2 ulas bawang  putih-dihiris
1/2 camca teh halba
1/3 camca teh jintan putih
1/3 camca teh jintan manis
1 camca teh gula
garam secukupnya
sedikit halia
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan menumis hingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar dan serai.
  • Kacau perlahan-lahan.., biar bahan tumis tadi masak.
  • Masukkan air, daun kesum,kacang bendi dan bunga kantan.
  • Bila mendidih, masukkan ikan.
  • Perlahankan api. Tunggu hingga ikan masak.
  • SIAP...
Selamat mencuba.. jika ada apa-apa resepi untuk diminta sila email kan. Insyaallah..Ita akan tunaikan jika ianya ada dalam simpanan Ita. TQ..











Comments

Popular Posts