Friday, 8 February 2013

GULAI IKAN MERAH

Assalamualaikum..
 Hari ini adalah hari untuk keluarga... untuk itu pagi-pagi lagi saya sudah berada di pasar untuk mencari bahan-bahan untukdimasak tengahari nanti. Oleh kerana tempahan manik banyak lagi yang belum disiapkan maka saya mengambil keputusan untuk memasak seringkas mungkin tanpa mengabaikan persediaan makanan untuk keluarga saya. By the way..mereka akan tetap juga merasa air tangan saya.

Menerima tempahan manik juga antara pengisian masa lapang saya dihujung minggu. Minat memasak dan menjahit secara serius ini wujud ketika usia 13 tahun lagi..emm..campur tolak..campur tolak lama juga ya..

Okey...hari ini saya akan kongsikan menu saya iaitu Gulai Ikan Merah, Sayur Goreng Belacan dan Telur Goreng Serai.


Menu pertama yang saya masak dahulu ialah Gulai Lemak Ikan Merah. Saya jadikan dia menu utama sebab kalau yang lain tak sempat pun tak pe..sebab gulai ini dah ada kuah..dan lauk sekali..he..he..
Sebut pasal gulai ini saya teringat dekat family saya dikampung..dimana..ayah saya tidak suka kepada gulai seperti ini..ayah lebih sukakan kari..sebab itu agaknya memasak kari tidak menjadi masalah kepada saya walaupun pada usia kanak-kanak dewasa (13tahun)..he..he..

Juga cikgu pertama saya yang mengajar saya secara formal pada usia itu adalah Cikgu Norashikin.. Dulu bila tengok cikgu ni..hati saya selalu memuji....cantik nya cikgu ni...dah la pandai memasak. Sejak itu saya berazam nak jadi perempuan yang pandai memasak.. nah!... hasilnya.saya tak pernah dikeji oleh keluarga saya dengan hasil masakkan saya.. Dalam hidup saya..saya tidak mengharapkan orang lain untuk memuji masakan saya..cukuplah dapat memuaskan selera anak-anak dan suami sudah memadai bagi saya.

Dalam cerita kisah kita memang tak habiskan.. kita mulakan dahulu resepi Gulai Ikan Merah.

GULAI IKAN MERAH


Bahan Bahan

1/2 Kilo Ikan Merah
250 gm Santan Pekat
4 biji Bawang Merah
1 cm Lengkuas
2 biji cili kering (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
3-4cm Kunyit sederhana besar.
4 gelas air
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Kisar bawang merah, lada kering, lengkuas dan kunyit bersama-sama air.
  2.  Masukkan kedalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
  3. Masukkan santan, garam dan asam gelugor. masak lagi hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan. Perlahankan api dan dikacau selalu supaya kuah nya tidak berketul.
  5. Sedia untuk dihidang.

KANGKUNG GORENG BELACAN


Bahan bahan:

1 ikat kangkung- dicuci dan di potong
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji lada merah  - dihiris
1/2 biji tomato di belah 3
4 ulas bawang putih
 1cm belacan
2 biji cili padi
minyak untuk menumis

Cara-Caranya:

  1. Bawang putih ditumbuk bersama belacan dan cili merah. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi. Bila naik bau masukkan kangkung dan garam. Kacau.
  3. Bila hampir masak masukkan bawang besar dan cili merah serta tomato. Siap... Simple kan..

TELUR GORENG SERAI


Bahan-bahan

2 biji telur
1 batang serai - di cincang
2 helai daun bawang-dicincang
1 sudu badam cincang-dibakar dahulu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili merah - dicincang
1 biji cili hijau - dicincang
1/2 camca teh garam

Cara-cara:

  1. Semua bahan dipukul sebati.
  2. Panaskan minyak didalam kuali dadar saiz piring.
  3. Masukkan telur. Guna kan api yang paling perlahan.
  4. Telur tidak perlu dibalikkan untuk keserataan masaknya.
  5. Just,  slow kan api je. Tunggu hingga masak.
  6. Ia akan terbentuk cantik bila masak.

Bye..jumpa lagi dilain masa...


BERSYUKUR PADA ALLAH DISETIAP KURNIAAN NYA...