KARI IKAN TENGGIRI

Salam sejahtera buat semua...

Hari ini Ita masak Kari Ikan Tenggiri untuk hidangan tengahari. Oleh kerana banyak lagi tempahan manik yang belum disiapkan.. jadi Ita mengambil keputusan untuk tidak mangambil masa yang lama untuk berada didapur. Masak seringkas mungkin. Specialnya..cuma rempah kari yang digunakan aje..Rempah kari ini didapati dikedai India muslim di PasarSiti Khadijah di Kota Bharu. Kedai ni makcik Ita yang introduce masa nak buat nasi beriani 3 tahun dulu. Dan semenjak itu, kedai itu lah tempat yang dituju kalau nak dapatkan rempah kari. Ada juga Ita tempah dari kawan serbuk kari ni..tapi nampaknya permintaan dari hubby lebih kepada kari mamak ni...he..he.. So.., kita ikut selera dia lah.


KARI IKAN TENGGIRI

Bahan-bahannya:

250 gm ikan tenggiri
2 sudu serbuk kari campur - dari kedai mamak}
2 sudu kari BABAS                                        } dibancuh dengan sedikit air

Bahan Kisar  (A)
1/2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit
1 biji lada kering - kalau nk lebih pedas boleh lebihkan cili

Bahan dimayang  (B)

4 biji bawang merah
2 biji bawang putih

rempah untuk menumis
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis yang kecil
3 tangkai daun kari

1/2 kuib pati ikan bilis
1 biji tomato - dibelah empat
1/2 cawan santan pekat
3 cawan air
Minyak untuk menumis
1/2 sudu teh halba

Cara-caranya:

  1.  Panaskan minyak, masukkan bahan B. Biar hingga naik bau.
  2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari.
  3. Masukkan bahan kisar(A). Masukkan halba.
  4. Kemudian masukkan pula rempah kari..tunggu sekejap, biar rempah kari masak dahulu.
  5. Masukkan air dan santan. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan dan tabur kiub ikan bilis.
  6. Kacau perlahan-lahan, bila ikan masak masukkan tomato.
  7. Siap......










Comments

Popular Posts