KETUPAT SOTONG

Assalamualaikum..

Apa khabar..harap semuanya baik-baik belaka. Hari ini masa dipenuhi dengan kenduri dan membawa anak-anak berjalan di Pengkalan Kubur. Ramai betul pengunjung di Pengakalan Kubur.. sehingga amat sukar untuk mencari tempat parking kereta. Tapi saya memang sudah sedia maklum bahawa kalau musim cuti panjang memang disitu ramai pengunjung.

Saya bertolak balik ketika hampir tengahari disebabkan ingin menghadiri kenduri dibeberapa tempat. Namun disebelah petangnya sempat juga saya mengunjungi ibu dikampung. untuk memenuhi aktiviti petang bersama bonda tersayang..saya mengajak bonda untuk menyediakan ketupat sotong untuk minum petang.

Dibawah ini saya coretkan bahan-bahan untuk membuat ketupat sotong..

KETUPAT SOTONG


Bahan-Bahan

1 Kg Sotong sederhana besar (bkn yg bertelur) - dibersihkan
2 Keping gula melaka
5 helai daun pandan
2 1/2 cawan santan
1 cawan pulut
secubit garam


Cara-caranya:

  1. Bersihkan pulut dan dicampur dengan 1/2 cawan santan serta garam.
  2. Masukkan pulut kedalam sotong sebanyak separuh badan sotong.
  3. Masukkan santan sehingga penuh kedalam sotong dan masukkan kepala sotong, lalu dicucuk dengan lidi supaya kepalanya bercantum dengan badan.
  4. Didalam periuk letakkan daun pandan yang disimpul hingga memenuhi ruang bawah periuk sebagai alas untuk letak sotong.
  5. Susunkan sotong diatas daun pandan tadi lalu dimasukkan santan.
  6. Letakkan gula melaka.
  7. Masak hingga pulut masak lebih kurang 30 minit dengan api yang sederhana.

Comments

Popular Posts