NASI BERIANI

Assalamualaikum...


Dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab seharian..kita tidak dapat lari dari menemui pelbagai masalah. Namun, ia sebenarnya menguji kita sejauh mana kah kebijaksanaan kita dalam menangani masalah tersebut. Bagi Ita, terapi yang paling berkesan sekali adalah dengan melakukan sesuatu yang menjadi hobi kita. Tentu lah berada didapur.... Kita bebas melakukan apa saja bila berada didapur. Lebih memuaskan lagi jika hasilnya menyenangi atau mencapai tahap piawaian citarasa suami. Aduhs..sungguh puashati..jika sidia berkata.. sedapnya...he..he..



Untuk malam ni Ita sertakan resepi nasi beriani. Nasi ini sebenarnya Ita buat pada Sabtu lepas tapi kerana tak sempat nak masukkan ke dalam blog ni, jadi Ita sertakan malam ni ya..




Ita hidangkan bersama kari ayam. Kari ayam ni Ita memang dah masukkan pada resepi pertama Ita dulu. So..untuk kali ini Ita akan sertakan resepi nasi beriani saja ya..


NASI BERIANI

Bahan-bahannya:

2 cawan beras basmati - cuci dn toskan
500 ml air
2 sudu besar rempah nasi beriani - dibancuh dengan sedikit air
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil garam
1/2  sudu kecil gula 

Bahan Tumis
1 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2 biji  pala

2 biji bawang putih - dicincang

Hiasan:
2 sudu gajus - dibakar
3 sudu kismis
sedikit bawang goreng


Cara-cara


  1.  Panaskan minyak sapi. Tumis bahan-bahan tumis.
  2. Masukkan rempah beriani. bila naik bau, masukkan air, gula dan garam.
  3. Masukkan beras. 
  4. Tunggu hingga nasi masak.
  5. Bila nasi sudah masak masukkan kismis dan gajus.
  6. Taburkan bawang goreng.



Selamat mencuba..Ini adalah resepi ringkas nasi beriani. Apapun masakan kita..jangan  bimbang..airtangan kita adalah penting untuk keluarga kita sebenarnya.

SELAMAT MALAM...

Comments

Popular Posts