PINEAPPLE TART

Salam sejahtera..untuk semua..

Kenduri kahwin yang bertali arus.. menyebabkan masa yang ada cukup singkat dirasakan. Namun demikian sempat juga menyediakan tat nenas untuk santapan kawan lama yang akan datang hari isnin nanti. Kawan lama saya ni datang untuk menghantar anaknya yang dapat memasuki maktab rendah sains mara. Tahniah temanku kerana berjaya mendidik anak menjadi sebijak itu. Saya juga tengah memikirkan menu yang sesuai untuk makan malam menyambutnya nanti.

Tidak melengahkan masa jom kita melihat resepi tat nenas saya kali ini.

PINEAPPLE TART


Bahan-bahannya:

250 gm buttercup
3 sudu gula aising
1/2 camca teh esen vanila
1/2 camca teh garam  }
400gm tepung gandum} diayak bersama
25gm tepung jagung
3 titik pewarna kuning
1 biji kuning telur
jem nenas secukupnya
kuning telur untuk hiasan


Cara-caranya:

  1. Putar kuning telur, mentega, esen vanila dan gula aising. bila sebati masukkan pewarna.
  2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. jangan masukkan gandum sekaligus. 
  3. Uli hingga adunan boleh diterap dengan acuan. Adunan tidak boleh terlalu keras.
  4. Selepas itu terap dengan acuan dan letakkan inti nenas, lalu digulung.
  5. Sapu dengan kuning telur dan dibakar selama 15 minit dengan suhu 170*C.
  6. Jangan bakar terlalu lama kerana jem akan jadi keras.
Sebenarnya Ita sentiasa menyediakan stok biskut dirumah kerana Ita lebih suka hidangkan biskut buatan sendiri untuk tetamu yang datang.

SELAMAT MENCUBA..

untuk pertanyaan bolehlah email kan kepada Ita di alamat: ruzieta_92@yahoo.com.my




Comments

Popular Posts