Friday, 15 March 2013

AGAR AGAR SANTAN

AGAR AGAR SANTAN


Bahan-bahannya:

1 sudu besar serbuk agar-agar
2 cawan air
1 cawan kelapa parut
2 biji telur
3 sudu besar gula
1 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:

  1. Masak air bersama serbuk agar-agar, daun pandan dan gula.
  2. Tunggu hingga mendidih, masukkan perwarna, kacau perlahan-lahan.
  3. Didalam bekas lain, kelapa parut diramas bersama telur dan tapiskan sehingga cukup 1 cawan.
  4. Jika perlu tambahkan sedikit air kedalam kelapa parut tadi dan tapiskan.
  5. Masukkan santan tadi kedalam agar-agar.
  6. Kacau cepat-cepat supaya ianya tidak berketul.
  7. Kemudian masukkan kedalam acuan.
  8. Sejukkan atau masukkan ke dalam peti ais.