AYAM GORENG BEREMPAH

Salam semua..

Suasana sedih masih lagi menyelubungi kita kerana mendengar berita wira-wira kita yang terkorban. Al Fatihah buat mereka.. semuga keluarga mereka tabah menerima takdir ini.

Ita nak kongsikan resepi ayam goreng berempah yang Ita suaipandankan dengan sayur tumis bayam. Ringkas dan berkhasiat! Sebenarnya adalah lebih baik jika bayam dapat ditanam sendiri kerana sayur bayam amat mudah ditanam dan menjaganya. Namun demikian ia tidaklah termasuk dalam sayuran yang mahal. Nak cepat beli kat pasar je ya..he..he..
 
Berikut adalah resepi yang Ita nak kongsikan.

AYAM GORENG BEREMPAH

 Bahan-bahannya:

1/2 kila ayam - dipotong kecil
1 sudu kecil garam
1 sudu besar rempah kari
Minyak untuk menggoreng 
5 tangkai daun kari


Bahan Kisar :

30 gm lengkuas
20 gm kunyit
20 gm halia
2 sudu besar ketumbar
1 batang halia
5 biji bawang putih


Cara-caranya:

  • Gaul semua bahan-bahan diatas dan perap selama 1 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam.
  • Bila ayam hampir masak.
  • masukkan daun kari.
  • SIAP...


 
 

Comments

Popular Posts