Monday, 11 March 2013

IKAN MASAK TAUCU

IKAN MASAK TAUCU

Bahan-bahannya:

1/2 kilo ikan parang - dibersihkan dan dipotong
3 sudu taucu - Ita guna brand Jalen
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji kentang - dipotong kiub
1 biji cili merah - dihiris
3 biji bawang merah - dimayang halus
3 biji bawang putih - dimayang halus
1/2 kiub pati ikan bilis
2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.
  • Masukkan air serta ikan.
  • Masukkan taucu, bawang besar, kentang dan cili merah.
  • Akhir sekali masukkan garam dan pati ikan bilis.
  • Tunggu hingga ikan dan kentang masak.