IKAN SIAKAP TIGA RASA

Assalamualaikum..

Salam untuk semua.. bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk berkongsi resepi. Apa khabar semua.. dalam menjalani kehidupan seharian jangan lah kita lalai dengan tanggung jawab kita kepada yang maha Esa. Masak-masak jugak..jangan lah kita membazir, ingat lah kepada yang tidak mampu.. Bila kita sentiasa beringat..tentunya kita tidak akan membazir. Setiap rezeki yang dikurniakan haruslah diguna sebaik mungkin.. Esok belum tentu kita akan dapat kenikmatan yang kita perolehi hari ini. Jika masak lebih tu..hulur-hulurkan lah kepada jiran tetangga yang berhampiran..mudah-mudahan kita akan sentiasa dilimpahi rezeki dari Allah s.n.t..

Hari ini Ita akan berkongsi resepi masakan tengahari keluarga Ita. Resepi hari  ini ialah Ikan Siakap Tiga Rasa. Jom kita tinjau-tinjau...


Bahan-Bahannya:

1 ekor ikan siakap - sederhana besar          
1 sudu kecil garam -disapukan pada ikan.
1 camca teh gula
3 sudu besar sos plum
Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan


Bahan Kisar

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1/2 biji perahan limau nipis
1 cm belacan
3 biji lada merah
1 biji tomato

Bahan hirisan

1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji lada hijau - dihiris
5 biji tomato kecil - dibelah dua


Cara-Caranya:

  1. Ikan yang disapu dengan garam digoreng hingga masak.
  2. Bila masak, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
  4. Bila naik bau masukkan gula, sos plum dan bahan-bahan hirisan tadi.
  5. Kemudian curahkan keatas ikan yang telah digoreng tadi.
  6. Sedia untuk dihidang. Hias cantik-cantik...

Untuk lebih pedas dan masam..bolehlah dilebihkan sos plum dan lada besar..

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.

Jadikan hujung minggu anda lebih meriah dengan meyediakan masakan sendiri untuk keluarga..



Comments

Popular Posts