KEK COKLAT BUAH-BUAHAN

Salam buat semua.. terima kasih kerana sudi menjengok resepi Ita kali ini. Petang ni Ita cuba memenuhi permintaan anak-anak untuk menikmati kek. Untuk tidak menghampakan permintaan mereka Ita cuba penuhi walaupun kesuntukan masa untuk menyiapkan tempahan manik dari kawan-kawan. Untuk resepi Ita kali ini Ita buat 2 biji kek,  satunya Ita hadiah kepada seorang yang istimewa bagi anak lelaki Ita iaitu ibu angkatnya, Datin Hasnah.

Bagi yang mahu mencuba resepi ini boleh lah dikurang separuh sukatan untuk mendapatkan sebiji kek bersaiz 8 inci. Untuk tidak melenggahkan masa Ita sertakan resepinya sebagaimana berikut. Ita pun ingat mahu tidur awal sedikit malam ini kerana esok Ita dah bekerja.

KEK COKLAT BUAH-BUAHAN



Bahan-bahannya:

500 gm coklat sponge mix
8 biji telur
100 gm air
100 gm minyak masak

Cara-caranya:

  1. Putar coklat sponge mix bersama telur dan air sehingga kembang
  2. Masukkan minyak. Putar lagi.
  3. Bila kembang dan sebati masukkan kedalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan disapu minyak atau majerin.
  4. Bakar selama 45 minit dengan suhu 165*C.
  5. Bila masak, sejukkan.

Bahan untuk Krim:

500gm krimwell
1/2 tin susu
1 sudu kecil serbuk vanilla
1/3 cawan sirap gula

Bahan-bahan hiasan:

1 tin lemon
6 biji buah strawberry
4 biji buat kiwi
1 cawan coklat rice


Cara:

  1. Putar krimwell hingga kembang.
  2. Masukkan sirap gula, serbuk vanilla dan susu.
Ambil separuh kacau secara double boiler dan tuangkan keatas kek seperti dibawah:

lapisan bawah, sapu krimwell dan tabur buah-buahan










lapisan kedua juga tabur buah-buahan..

Curahkan buttercream yang di double boiler kan tadi..










Ratakan dengan buttercream yang berbaki (yang tidak di double boiler).


Susunkan buah-buahan mengikut citarasaanda...



Tabur coklat rice sebanyak yang anda mahu...









Akhir sekali dapat lah kek coklat buah untuk anak-anak.. ketika artikel ini ditulis..kek telah pun habis serang pirana-pirana kat rumah Ita..selamat mencuba...




SELAMAT MENCUBA......









Comments

Popular Posts