KEK OREN

Assalamualaikum..

Terkadang rutin yang sama membuat kita jadi jemu.., samalah dengan tugas Ita setiap hari. Entah kenapa..hari ini rasa tak semangat nak buat kerja sampai habis betul-betul baru pulang. Nak paksakan diri takut hasil kerja tak memuaskan. Fikir punya fikir...rehatkan minda dulu.. tarik nafas panjang-panjang. Ingatkan Allah,.. cari rezeki untuk anak-anak pun satu ibadah.

Tak mahu berlengah..Ita telah keluar office jam 6.15pm.. Ooowh.. awalnya dalam sejarah kerjayaku.. sampai rumah terus menghadap pc. Buatlah Ita.., apa yang kau rasa boleh merehatkan minda mu..he..he.. Lalu ku update kan blog ku dengan resepi kek petang semalam iaitu kek oren. Seperti biasa Ita suka kek berhias buah..

KEK OREN





Bahan-bahannya:

250 gm Mentega
250 gm Gula
1 camca teh esen vanila
1 camca serbuk penaik}
300 gm tepung gandum} ayak serbuk penaik dgn gandum
1/3 cawan sunquick oren }
1/4 cawan air                  } campur sekali
6 biji telur

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven dengan suhu 170*C.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul lagi.
  4. Sapu tin pembakar dengan minyak jagung.
  5. Masukkan esen vanila dan gandum yang diayak tadi.
  6. Masukkan  oren sunquick. Pukul sebati.
  7. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 1 jam.
 Sebarang pertanyaan hubungi Ita di email add: idias.atiz@yahoo.com.my
 

Comments