KETAM MASAK PEDAS

Assalamualaikum...

Selamat malam..semuga anda semua dalam keadaan sentiasa dirahmati Allah sentiasa. Tanpa melengahkan masa, Ita sertakan masakan malam Ita dan keluarga pada malam ini. Sampai rumah jam 7.30 malam, segera ke dapur untuk memenuhi selera anak perempuan Ita iaitu, ketam masak pedas dan si adik dengan singgang sotong. nasib baik..masakan yang simple aje.. senang le sikit..

Dah memang rezeki dia agaknya.., keluar office ada pasar malam tepi jalan..singgah jap cari ketam.. alhamdulillah.. dari semalam lagi dia nak makan ketam. Ita kalau anak nak makan..mesti cepat-cepat nak tunai.., penat sikit pun dapat tahan. Macam ni lah mak kita dulu kan..keinginan anak sentiasa diutamakan.

Hari pun dah malam dan esok nak kerja lagi so..tanpa lengah masa jom kita intai-intai resepinya...



 KETAM MASAK PEDAS

Bahan-bahannya:

1 kilo ketam - dibersihkan

Bahan Kisar:
2 biji cili merah
1 biji cili kering
1 biji bawang besar
2 cm halia
1 batang serai
7 ulas bawang putih

1/2 biji tomato

Bahan Tumis :

1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji tomato besar
5 biji tomato kecil
1 batang serai - dititik
2 sudu soso cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos plum
1 sudu sos tiram
2 sudu gula
sedikit minyak untuk menumis
garam secukupnya.

Cara-caranya:

  1. Ketam direbus dengan sedikit air dan garam. 
  2. Bila masak, ketepikan.
  3. Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Masukkan bahan tumis lain. Jangan terlalu lama.
  5. Kemudian curahkan diatas ketam tadi.
  6. Mudah dan ringkas.
*Nak masak-masak lebih-lebih..kena tunggu hari minggu...itu pesan saya kepada anak-anak...



Comments