Saturday, 9 March 2013

LEMPENG

Assalamualaikum,

Resepi Ita hari ini adalah rendang ayam bersama lempeng untuk sarapan pagi suami dan anak-anak.

 

LEMPENG





Bahan-bahannya:

Bahan A
 
6 cawan gandum
9 cawan air
sedikit pewarna kuning
1/4 cawan minyak zaitun
3 camca teh garam

Bahan B

Sedikit minyak untuk disapu pada kuali.


Cara-caranya

  • Campurkan semua bahan A.
  • Dengan menggunakkan pemukul telur, pukul sebati.
  • Tapiskan untuk mendapatkan adunan yang benar-benar sebati.
  • Didalam kuali leper, sapukan minyak zaitun.
  • Bila kuali panas, masukkan 2 senduk adunan tadi.
  • Ratakan dengan mengangkat kuali dan gerakkan perlahan-lahan supaya adunan rata kesemua permukaan kuali.
  • Pastikan api perlahan.
  • Biarkan ia masak.
  • Bila masak, lipatkan dua..dan lipat dua lagi sehingga menjadi tiga segi.
  • Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.
  • Hidangkan bersama rendang ayam.