NASI GORENG

Assalamualaikum..

Apa khabar..harap semuanya sihat. Tentu bergembira berhujung minggu. Kalau Ita, hujung minggu sangat ditunggu-tunggu. Ya..lah, dapat bersama anak-anak..tapi hari ni kebanyakan sekolah di Kelantan ada kelas ganti. Anak-anak Ita tidak terkecuali. Lepas je..hantar anak ke sekolah, Ita terus menghadap PC, nak update blog ni. Sebenarnya resepi yang Ita sertakan ini adalah hasil masakan semalam. Dek kerana tak sempat nak masukkan entri, jadi Ita masukkan hari ni ya. Masakkan pagi semalam ialah nasi goreng biasa.

    Cerita pasal nasi goreng ni.. Ita teringat pada zaman kanak-kanak. Seawal darjah tiga, seingat Ita, Ita dah pandai goreng nasi. Mungkin masa tu, emak Ita kerja..so, Ita kena berdikari lah. Sementelah lagi Ita adalah anak sulung. Secara automatiknya kena pastikan adik-adik tak kelaparan. Jadi nak mudah, cepat dan ringkas, nasi gorenglah yang jadi sasarannya. Adik-adik bangun tidur..nasi goreng dah siap..

  Bersama resepi nasi goreng ni, Ita sertakan juga agar-agar santan sebagai desertnya. SELAMAT MENCUBA..

 

 NASI GORENG

Bahan-bahannya:

1 mangkuk besar nasi putih
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
5 tangkai cili kering - dipotong dan direndam air panas
1 sudu besar garam kasar
1/2 kiub pati ayam
3 sudu besar minyak zaitun (Minyak biasa pun ok jer..)
3 kelopak daun sawi
2 batang sosej - dihiris nipis dan digoreng
2 biji telur - digoreng hancur

Cara-caranya:

  1. Tumbuk garam kasar bersama cili kering, bawang putih dan bawang merah. Ita menggunakkan garam kasar supaya cili kering cepat hancur. Juga Ita tak mahu kisar kerana tak mahu bahan-bahan ini hancur sangat.
  2. Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
  3. Kemudian masukkan daun sawi dan akhir sekali masukkan nasi.
  4. Kacau biar rata dan masukkan telur goreng tadi.
  5. Angkat dan hidang bersama sosej yang digoreng tadi.
  6. Enak dihidang bersama teh O panas.

Sengaja Ita goreng sosej bersama nasi untuk memikat selera anak-anak. Anak lelaki Ita tak berapa gemarkan nasi.., so kena kreatif sikit bagi attractive. Mudah-mudahan dia ada selera sikit..he..he..
 

Comments

Popular Posts