PUDING BUAH-BUAHAN

Salam sejahtera,

Apa khabar malam ini ya...harap semuanya dalam lindungan Allah sentiasa. ada ujian sekali-sekala tu..sabar-sabar lah. Kita sebagai manusia tidak akan terlepas dari ujianNya. Tak normal lah manusia itu jika tiada dugaan..cuma setiap orang itu berlainan lah dugaannya., sesuai dengan kemampuan kita. Tuhan juga tak akan menguji kita luar daripada kemampuan kita. Adalah tu..hikmahnya..

Tak mahu berceloteh panjang-panjang., Ita masak simple je malam ni. Macam biasa Ita tak akan sampai dirumah kalau kurang dari jam 7 malam. Macam tu lah nasib kita sebagai ibu yang bekerjaya.. Namun walaupun singkat, tetap bersyukur kerana masih mampu menyediakan juadah buat family Ita walaupun masa yang ada agak terhad. Kadang-kadang tu terasa lucu juga mengenangkan diri, macam Charlie Chaplin pun ada..he..he..

Tak lupa..juadah malam ni diserikan dengan desert..he..he..



Saiz hidangan ini Ita buat untuk 5 biji sundea glass je..

 
PUDING BUAH BUAHAN

1 Sudu besar serbuk agar-agar
1 cawan air
1 1/2 cawan air buah-buahan dari tin
1 tin buah-buahan campuran
2/3 tin susu cair
4 sudu gula

Caranya:

  • Masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali buah-buahan campuran.
  • Kacau hingga gula hancur dan mendidih.
  • Didalam gelas desert, masukkan buah-buahan campuran.
  • Kemudian masukkan agar-agar tadi.
  • Sejukkan.
  • Bila bila dah keras, hias ikut citarasa.
  • Enak juga jika diletakkan whipping cream diatasnya dan diletakkan sebiji strawberry.
 



Comments

Popular Posts