RENDANG AYAM

Assalamualaikum,

Makan diluar atau dirumah?.. Sesetengahnya tak kisah pun dimana..janji dapat makan. Ya.betul, janji makan. Namun sedikit pesanan untuk anda dan untuk diri saya sendiri.. Haruslah dipastikan tempat nya bersih. Jangan main ngap je..pandang-pandang disekeliling atau sekitarnya.

Makan diluar sekali-sekala bersama keluarga adalah perkara biasa.. namun saya pernah terkena dimana, saya termakan sisa orang tanpa pengetahuan...ooowwhh..!! perasaan saya selepas tu..Tuhan saja yang tahu. Berbulan-bulan fobia.. Sekarang, walaupun kembali pulih.., ia tetap juga muncul dalam mindaku sekali-sekala. He..he..

Ceritanya..saya bersama suami berjalan-jalan dihari cuti dan singgah disatu kedai untuk menikmati roti canai. Sedang enak-enak menjamu selera, saya dan suami terlihat pekedai itu mencuci meja sebelah setelah pelanggannya keluar. Apa yang mengejutkan saya..sisa kuah kari roti canai itu dicurahkan kembali kedalam periuk kari yang hendak dijual kembali. Bermakna sya telah memakan kuah kari sisa pelanggan sebelum saya.

Uoowwh....! Parah!..serta merta saya tak dapat nak habiskan makanan itu. Saya menunggu untuk memastikannya lagi. Rupa-rupanya dia melakukannya lagi dan lagi...Pastinya.., selepas itu kedai itu tak akan ku kunjungi lagi.

Hari ini Ita nak kongsikan resepi rendang ayam dengan anda semua. Resepi ini buat pada pagi ini untuk sarapan suami dan anak-anak. Nampaknya..laris juga..


RENDANG AYAM

 
 Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (saiz kecil) - dibersih dan dipotong mengikut 
                           saiz yg dikehendaki
2 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
1 1/2 camca teh garam
1/2 senduk kecil gula
2 sudu besar kerisik 
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar

1 biji bawang besar
10 biji bawang merah
2 cm belacan
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 biji cili api - mcm biasa..Ita kena kurang pedas. Sapa2 yg 
                  nk  pedas sila lebihkan cili api ya.. 
5 biji cili kering
7 ulas bawang putih
4 batang serai


Cara-cara:

  1.  Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.
  2.  Masukkan ayam, santan pekat dan kacau perlahan-lahan.
  3.  Masukkan kerisik, garam, gula dan daun kunyit.
  4.  Kacau sekali sekala.
  5.  Biar ayam empuk dan kuah dah pekat.
  6.  Sedia dinikmati.

Ita hidangkan dengan lempeng kegemaran anak-anak..



 
 

Comments

Popular Posts