TOM YAM PUTIH

Assalamualaikum..

Teman-teman.., insan yang meminati bidang masakan adalah insan yang kreatif sebenarnya. Kerana dalam masakan kita boleh mendapatkan pengalaman yang berharga kerana pengalaman ini lah yang membuat kita lebih mahir dalam menyerlahkan kreativiti tanpa sekatan daripada sesiapa. Kita bebas melepaskan daya kreativiti kita dengan kebebasan paling maksimum. Kita tak perlu risau dengan pandangan dan komen orang lain kerana ianya adalah hak kita.

Untuk hari ini Ita hidangan lauk Tom Yam Putih buat hidangan keluarga atas permintaan anak lelaki kesayangan Ita. Memenuhi citarasa anak adalah kegembiraan buat Ita. Kita rasa puas jika orang-orang tersayang kita dapat menikmati hidangan kita dengan lazatnya. Uhh..memang happy bila jika hasilnya dibanggakan orang-orang tersayang.

Dibawah ini Ita sertam resepi Tom Yam Putih.


TOM YAM PUTIH



 Bahan-Bahannya:

300 gm daging ayam - dipotong kecil-kecil
12 ekor udang sederhana besar - di buang kulit
2 peket pes tom yam putih (Ita biasa guna jenama ADABI)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih - di ketuk
2 batang serai - diketuk dan dihiris tebal
6 helai daun limau purut
2 biji tomato di belah 4
4 biji lada kecil - diketuk separuh hancur
1000 ml air
150 gm brokoli hijau - dipotong
100 gm bunga kubis - dipotong
1/2 biji karot - dipotong bulat
5 batang kulat
4 inci lengkuas- dipotong
Garam secukup rasa


Kaedahnya:
  1. Panaskan air bersama serai, ayam, bawang putih, pes tomyam, daun limau purut, lada kecil dan lengkuas.
  2. Bila mendidih, masukkan brokoli, bunga kubis, udang,karot, kulat dan garam.
  3. Akhir sekali masukkan bawang besar, dan tomato.
  4. Tunggu sehingga ayam empuk.
  5. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA....









Comments

Popular Posts