IKAN GORENG MANGGA

Salam mesra buat teman seperjuangan. Alhamdulillah masih dapat kita bersilaturahim untuk kesekian kalinya. Untuk hari ini, tentunya ramai memasak dirumah kerana meraikan hujung minggu yang paling bermakna buat kita. bagi Ita , Ita selalu menghargai setiap masa yang direzekikan untuk kita. Jadi, dengan anugerah itu, Ita cuba guna sebaik mungkin. Tapi minggu ini walaupun suami ke outstation, Ita tetap dengan rutin Ita menyediakan masakan untuk anak-anak dirumah. Aduhai..kenapa lah hubby kena outstation time2 gini...

Hari ini Ita masak Ikan Goreng Mangga. Ia salah satu masakan yang disukai dirumah Ita. Ingat nak buat cupcake velvet, tapi last minute, Ita cancell pulak..angin kita ni kadang2 tak menentu...sabar lah anak-anakku...he.he..

 IKAN GORENG MANGGA




Bahannya:

1 ekor ikan siakap sederhana besar- cuci dan toskan
1 sudu kecil garam - disapukan pada ikan dan digoreng hingga masak.

Bahan untuk sos:

3 ulas bawang merah -dipotong nipis2..
5 biji cili padi -dipotong kecil2..
2 biji mangga dihiris memanjang @ disagat
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/3 cawan sos plum
4 sudu cuka


Kaedah:

Gaulkan semua bahan-bahan diatas dan tabur kan keatas ikan yang digoreng tadi.

Senangkan dan sedap..



 

Comments

Popular Posts