MEE GORENG

Assalamualaikum.. Salam sejahtera kepada semua ya. Hari ini Ita nak tampil kan resepi ringkas untuk berbuka. Resepinya adalah Mee Goreng Che Ta dan Biskut Samperit Bijan. Bukan apa..dah masuk pertengahan bulan puasa ni..rasa jemu dah dengan nasi. Kesian dengan hubby kerana seleranya makin menurun nampaknya. Jadi nak cari kelainan sikit Ita offer kat dia, " nak makan mee goreng tak".. tiba-tiba senyuman nya memanjang je.. Agaknya.., kena lah tu selera dia. 

Apalagi..kita pun masuk ke dapur, selongkarlah kat peti ais tu..apa yang ada, terus dibawa keluar..Tapi kali ini Ita tak letak ayam atau daging sebab Ita nak rasa udang yang lebih..



 Bahan-bahannya:

1 peket mee kuning
1 biji bawang besar}
4 biji bawang putih} di kisar dengan sedikit air
3 biji cili kering }
1/2 kiub pati ayam
2 keping tauhu - dihancurkan
1 keping tauhu - di goreng dan dipotong dadu
1 sudu teh garam
2 batang sawi- Ita suka banyak sayur
1/2 kilo udang sederhana besar - Ita suka guna udang yg banyak
1 biji tomato - dibelah 4
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu kicap pekat manis
Sedikit minyak untuk menumis


 Cara-caranya:

  1.  Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.
  2.  Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam.
  3.  Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap pekat manis.
  4.  Masukkan udang, biar udang masak dahulu boleh dimasukkan   tauhu yang dihancurkan tadi.
  5. Masukkan sayur, kacau rata dan masukkan mee kuning.
  6.  Angkat dan taburkan dengan hirisan, daun bawang dan daun sup serta tauhu goreng yang potong dadu tadi.
  7. Juga jangan lupa letak tomato yang dibelah empat tadi ya..
  8. Untuk menambahkan lagi keenakkannya, boleh lah diperah sedikit limau kasturi. Emmm...best...
Ringkaskan..tapi sedapnya boleh tahan...cukuplah untuk memenuhi selera hubby dan anak-anak...

SELAMAT MENCUBA...

Comments