Thursday, 25 July 2013

BUTTER PRAWN

BUTTER PRAWN

Bahan-bahannya:

(A)

1/2 kilo udang sederhana besar - cuci dan toskan
1 sudu garam halus
3 inci kunyit - ditumbuk bersama garam
7 tangkai daun kari
sedikit serbuk lada sulah 
70 gm butter
minyak secukupnya untuk mengoreng udang 

(B)

  3 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil garam halus
Minyak untuk menggoreng telur - guna minyak yang banyak. lebih kurang 1/2 kuali.


Cara-caranya:

  1.  Udang digaul bersama garam, kunyit dan serbuk lada sulah.
  2. Panaskan kuali, masukkan butter, bila butter dah cair, masukkan minyak.
  3. Bila minyak panas goreng udang hingga masak. Jangan terlalu lama, nanti isinya jadi kecut. Yang paling best..sedang-sedang ya.
  4. Bila udang hampir masak, masukkan daun kari.
  5. Bila masak, angkat dan toskan. Ketepikan.
  6. Didalam kuali lain, panaskan minyak.
  7. Telur dan garam dibancuh bersama susu perlahan-lahan.
  8. Gunakan penapis santan untuk menapis telur kedalam kuali. 
  9. Guna dua tangan ya.. sambil tapis tu..tangan satu lagi kacau telur didalam kuali guna garfu.
  10. Bila warna nya keemasan, angkat dan toskan.
  11. Gaul bersama udang tadi.
  12. Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA..