DONUT COOKIES

Assalamualaikum,  salam ..salam..buat teman-teman dan peminat dunia masakan. Malam ini Ita nak update kan biskut tempahan dari pelanggan Ita.Eh..! dah pagi la..rupanya..   Ita terpaksa mengurangkan tempahan pada tahun ini kerana tidak mahu terganggu dengan tugas seharian yang semakin sibuk. Boleh dikatakan kesibukan tahun ini berganda sangat-sangat dari tahun lepas. so..Ita kena kurangkan sedikit hobi Ita ini, namun taklah sampai meninggalkannya terus. Hobi adalah satu terapi pada Ita. Jika kita mengalami stress atau tekanan di tempat kerja atau macam mana bentuk tekanan, ia akan dapat dipulihkan dengan hobi kita. Dengan hobi kita, kita akan dapat memperolehi ketenangan. Jadi Ita gunakan terapi ini jika mengalami stress. memang juga tak dapat dinafikan dengan bershopping kita juga dapat mengurangkan stress, tapi jangan terlampau obses dengan shopping. Berpada-pada lah jangan sampai tahap membazir ya...

Malam ini Ita akan update biskut donut cookies. Biskut ini asalnya idea hubby tersayang dari segi bentuknya, namun rasa nya tetap karya asal Ita..he..he..kiranya paduan dua citarasa lah ni..

Resepi ini Ita gunakan untuk mendapatkan 10 bekas biskut donut pelbagai patern..macam donut big apple gitu... Masa yang diambil agak lama juga.. start kul 10 pagi sampai kul 4 petang dengan rehat 30 minit je.. so, if you need less than that. Gunakan separuh saja resepi ini. Dalam satu bekas itu terdapat 52 biji biskut..nak buat banyak ke sikit? Tepuk dada tanya selera..kalau buat banyak boleh hadiahkan pada saudara mara ketika bertandang nanti..tentu mereka suka sebab hasil tangan kita sendiri.







Bahan-bahannya:

1600 gm tepung gandum
 200 gm tepung jagung
 500 gm badam cincang @ hancur 
 500 gm gula halus
1000 gm mentega
10  biji kuning telur
sedikit esen vanilla
Coklat, manik gula dan badam cincang untuk hiasan
  

 
Cara-caranya:
  1. Putar marjerin gula esen vanila dan telur hingga sebati. Jangan terlalu lama.
  2. Masukkan tepung jagung. Uli hingga sebati.
  3. Masukkan badam cincang atau badam hancur yang sudah dibakar terlebih dahulu.
  4. Canaikan adunan dan terap dengan acuan biskut bentuk donut. acuan ni mudah terdapat dipasaraya.
  5. Susun diatas dulang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  6. Bila sejuk, celupkan permukaan atas didalam coklat cair dan tabur kan hiasan
 SELAMAT MENCUBA...Harapan Ita, agar resepi ini sedikit sebanyak akan memberi idea kepada anda untuk juada aidil fitri nanti. Selamat malam..
  1.  

Comments

Popular Posts