FRUITY BASKET COOKIES



 Salam ramadhan buat teman-teman semua. Malam ini Ita nak sertakan resepi biskut untuk raya. Ita dah start buat sikit-sikit persediaan untuk raya ni. Keadaan masa yang selalu tak cukup membuat kan Ita rasa perlu untuk membuat persiapan awal. Tak mahu kelam kabut pada saat-saat akhir jadinya Ita dah prepare lah ni sikit-sikit..

Sambil itu, Ita kongsikan resepi biskut raya Ita untuk tahun ini. mana tahu ada yang nak mencuba..bolehlah mulakan pada hujung minggu anda nanti. Meriah sikit tahun ni rasanya bila adik beradik dapat berkumpul..cuma seorang saja adik Ita yang berada di Sydney tak dapat pulang menyambut bersama-sama pada tahun ini. Harap adik sabar ya...

untuk itu, jom kita tinjau resepinya....dan insyallah akan Ita update kan lagi entry baru juadah-juadah untuk menyambut raya..






FRUITY  BASKET COOKIES

BAHAN-BAHAN:



125 gm Mentega

60 gm gula halus

½ sk pewarna pink

1 sb susu tepung

120 gm gandum

100 gm buah-buahan kering

Coklat masakan putih



Cara-cara:

1.     Pukul mentega, gula halus dan pewarna merah jambu hingga sebati.

2.    Masukkan susu tepung dan gandum, uli hingga jadi doh.

3.    Terap dengan acuan bentuk mangkuk dan bakar sekali dengan mangkuk selama 15-20 minit dengan suhu 1600C.

4.    Bila masak dan sejuk keluarkan biskut dari acuan.

5.    Masukkan buah-buahan kering dan paipkan coklat putih ke atasnya.






Comments

Popular Posts