KARI AYAM BERSERAI

Salam sejahtera. Alhamdulillah dapat ke udara lagi untuk kesekian kali nya. Keadaan kesihatan yang semakin baik membuatkan semangat Ita berkobar-kobar ni.. untuk menyelesaikan tugas yang tertangguh. Tugas rumah dan tugas pejabat. Semalam Ita ditemani anak yang balik dari asrama menyediakan menu kegemarannya, iaitu kari ayam berserai dan butter prawn. Walau tak lengkap menu nya satu lagi iaitu ayam goreng mangga namun keterujaannya mengadap rezeki terserlah. Ya lah, duduk diasrama, makan nasi bungkus setiap hari amat menjemukannya, mana tidaknya.. samada suka atau tidak dia kena telan juga.. Ita selalu berpesan yang kita kena bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Kita lebih bernasib baik kerana kita diberi pilihan untuk makan apa saja setiap hari berbanding orang yang malang memikirkan adakah makanan yang dapat dimakan hari ni. 

Namun, itu lah lumrah kehidupan, Tuhan menyayangi kita dengan diberinya kita dugaan dari pelbagai bentuk untuk menguji kita. Jadi jangan lah menganggap setiap dugaan Tuhan itu satu musibah. Sentiasalah bersyukur dengan setiap kurniaannnya..

Jom kita intai-intai resepi sederhana Ita semalam.

 Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam sederhana besar- besrsihkan dan dipotong
2 sudu besar serbuk kari Babas }
1 1/2 sudu besar serbuk kari biasa} dibancuh dgn sedikit air
1 sudu besar cili giling
1 batang kulit kayu manis
1 camca teh halba
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 biji buah keras - di ketuk
1 camca teh jintan manis + jintan putih
1 sudu besar kelapa goreng tanpa minyak
1 sudu besar garam kasar - ikut rasa ya..
1 keping asam gelugor (boleh juga bancuhan asam jawa)
2 biji kentang- dikupas kulit dan dibelah 4
2 batang serai - diketuk
5 biji bawang merah - dimayang halus
4 biji bawang putih - dimayang halus 
1 inci halia - dihiris nipis
1/2 senduk budu - sebarang jenama
3 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat- ikut suka ya. Ita suka kari yang pekat           kuahnya. 
1 sudu besar gula
sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya.




 Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih. 
  2. Tunggu hingga naik bau, masukkan bunga lawang, biji pelaga, kulit kayu manis, jintan putih dan jintan manis, halba dan halia.
  3. Kacau perlahan-lahan. Masukkan daun kari.
  4. Masukkan cili giling dan rempah kari yang dibancuh tadi. Tunggu hingga rempah kari berbau..lebih kurang 5 minit.
  5. Masukkan ayam dan kentang, kacau rata. Ita terus masukkan air..biar ayam empuk. Masukkan serai, garam, budu, kelapa goreng, gula dan asam gelugor atau bancuhan air asam jawa. 
  6. Bila ayam empuk, masukkan santan dan kacau jangan berhenti supaya santan itu tidak berketul. Bila dah masak....apalagi angkat dan hidangkan..
 SELAMAT MENCUBA..

Comments

Popular Posts