KEK LAPIS COKLAT

Salam sejahtera, salam ramadan, salam aidil fitri..he..he.. lambat lagi ya aidil fitri...tapi Ita dah start buat biskut.. Hari ini, mood tak ceria sangat bila hubby kena outstation...tak semangat je..nak masak untuk berbuka ni.., ya lah.., penguat semangat tiada disisi.. Namun kena jugak teruskan urusan memasak ni..apalagi ada anak yang pulang dari asrama. Kena jugak masak yang special sikit.., mesti  anak2 pun nak bermanja dengan masakan uminya dihujung minggu.

Pagi-pagi lagi Ita dah start buat kek coklat lapis untuk anak lelaki Ita yang tak makan nasi. Hidangan bersahur dan berbukanya adalah burger, Chicken chop, kek dan roti sahaja. pening Ita dengan yang so0rang ni.. Nak kata masa mengandung dulu tengok mat saleh .., rasanya tak. Anyway.., turut je taste dia tu..kalau tak..tak makan langsung pulak.

Jadi untuk jimatkan cost.., Ita buat lah sebiji kek ini untuk dia. tahan lah untuk 2 ke 3 hari. Tengah minggu nanti kena pulak menziarahi kedai kek jika stoknya habis awal.. Jadi sebelum Ita siapkan tempahan biskut raya..Ita siapkan dulu kek untuk anak lelaki Ita ini...

Buat hubby ku.., jaga makan ye.. berbuka nanti pilihlah gerai yang bersih, jangan makan makanan yang banyak lemak, kurangkan kari kalau boleh..

Jom kita tinjau resepi kek simple Ita Hari ini... 



 KEK COKLAT LAPIS

Bahan-bahannya:

1 kg tepung coklat moist mix guna yg ready made. 
7 biji telur saiz A
200 gm air - boleh jer kalau nak guna susu segar
440 gm minyak jagung. Nk guna butter pun boleh tp cairkan dulu.

Cara-caranya:

  1.  Campurkan semua bahan-bahan.
  2. Putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
  3. Kemudian putar lebih laju selama 10 minit.
  4. Sediakan dulang sebanyak 3 dulang yang bersaiz 12"x12"X1".
  5. Alas dengan kertas minyak dan sapu sedikit minyak jagung.
  6. Sendukkan sama banyak diketiga-tiga dulang tadi.
  7. Bakar selama 25 minit dengan suhu 160C.
  8. Bila sejuk, letakkan diatas papan kek dan sapu aising (resepinya seperti dibawah).
  9. Kemudian letak lapisan kedua dan letak aising lagi, begitulah seterusnya hingga habis.
  10. Jila mahukan lebih lapisan bolehlah didoublekan adunan tadi dan kek akan lebih tinggi dan cantik.
  11. Pada lapisan diatas, letakkan aising dan hias mengikut citarasa anda.
  12. Untuk kemasan yang lebih cantik, potong dibahagian tepi supaya nampak lapisan lebih kemas.
 
Untuk membuat aisingnya:

900gm Krimwell
3 sudu shortening
1 tin susu pekat
1/4 cawan sirap gula
2 sudu kecil serbuk vanila

Cara-caranya:

  1. Putar krimwell dan shortening hingga kembang.
  2. Masukkan sirap gula, serbuk vanilla dan susu pekat.
  3. Jika cair shortening dan krimwell boleh ditambah.
  4. Sesuaikan rasa anda. Mahukan yang lebih manis boleh tambah susu pekat.


CUBALAH...MANALAH TAHU SESUAI DENGAN SELERA ORANG-ORANG KESAYANGAN ANDA.

Buat teman-teman yang pernah ku kenali, jangan lupa maafkan Ita jika ada salah dan silap di sepanjang kalian mengenali saya. Di usia yang senja ini..(senje ke..!! uuuu..tak nak!!)tiada yang lain Ita ingati..kemaafan dari orang-orang yang pernah kita kenali, semuga keberkatan akan menemani hidup kita. Buat teman pernah Ita kenali, diKemaman, Kuantan, KL dan Kelantan maafkan Ita ya..sepanjang menjadi perantau Ita tak pasti jika ada perasan tak puashati tanpa Ita sedari,, harap dimaafkan. Begitu juga dengan Ita, Ita sentiasa maafkan kalian semua. Dengan saling bermaaf-maafan hidup kita akan lebih tenang....
  1.  

Comments

Popular Posts