KEK LAPIS KARAMEL

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua terutama yang berpuasa dibulan yang penuh kemuliaan ini. Ita tetiba teringat dengan kenangan bersama keluarga masa dulu-dulu. Kalau tiba musim raya, Ita lah orang paling sibuk sekali di rumah. Ita, anak yang sulung..pada masa tu .. mempunyai 3 orang adik yang masih kecil-kecil. Time raya, Ita lah tukang buat biskut dan kek untuk menjelang perayaan.Yang lucunya..Ita akan buat tengah malam bila adik-adik dah tidur..bukan apa, takut adik makan habis tak sempat di hidangkan di hari raya. Mama selalu marahkan Ita kerana buat biskut dan kek tapi tak bagi adik-adik makan. La..memang pun..kalau buat time siang, masak sebiji kek ..habis..masak sebiji kek habis...sudahnya sampai bila boleh disimpan untuk raya.

Tapi.....masa tu..Ita pun tak cukup haul lagi, baru berumur 13 tahun..tingkatan satu..he..he...masih gaduh2 lagi dengan adik2..
Ingat lagi masa tu...Cikgu Norashikin, cikgu pertama yang ajar kelas memasak tingkatan satu di Sekolah Menengah Gaal, Pasir Puteh...Apa khabar agaknya cikgu Norashikin sekarang.. Masa tu..dalam hati kata kat cikgu tu..Cikgu ni dah la cantik..pandai masak pulak...emmm...itu lah kenangan lalu... Apa pun Ita tetap ingat cikgu..sebab ilmu yang cikgu bagi tu..melekat sampai sekarang. Terima Kasih cikgu..hanya Allah saja yang dapat balas jasa cikgu tu..

Kembali kepada topik kita tadi, malam ni Ita nak share kan resepi KEK LAPIS KARAMEL yang Ita telah buat. Dulu masa tengok orang hidang kek ni..nampak macam susah je..., tapi bila dah dapat buat tu rupanya tak lah susah sangat. Resepi Ita dapat dari hannamemories. Terima kasih hannamemories! Izinkan Ita kongsikan disini pulak ya..




 BAHAN-BAHANNYA:

Bahan A:

4 sudu besar gula (resepi asal menggunakan 2 sudu sahaja)

- di tabur kedalam loyang dan diletakkan diatas api yang perlahan hingga gula cair dan berwarna perang. 

Bahan B:

3 sudu beasr gula halus
2 biji telur (putih n kuning)
3 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair

Bahan C:

140gm tepung naik sendiri
70 gm gula halus
3 biji kuning telur
130 ml air
50 ml minyak masak

Bahan D: (Meringue)

6 biji putih telur
1 camca teh cream of tartar
70 gm gula halus




Cara-caranya:

  1. Sediakan adunan A, biarkan ia keras dan berbunyi seperti kaca pecah.
  2. Satukan semua bahan B, kacau perlahan-lahan. jangan sampai berbuih.
  3. Tapiskan Kedalam loyang yang mengandungi bahan A. Ketepikan.
  4. Satukan bahan C, pukul dengan perlahan dengan menggunakan senduk sahaja. Ketepikan.
  5. Satukan bahan D, dan pukul hingga kembang. Untuk mengetahui samada ia nya cukup kembang ialah dengan mengangkat bahan yang dipukul tadi iannya tidak jatuh.
  6. Campurkan adunan C dan D dan kacau perlahan-lahan dengan senduk hingga adunan tadi sebati.
  7. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan  mengikut warna kesukaan.
  8. Ambil satu bahagian letakkan kedalam loyang yang mengandungi bahan A dan B tadi.Masukkan adunan seterusnya, selang selikan warna. Adunan akan terapung diatas bahan B tadi.
  9. Bakar secara double boiler dengan suhu 170C selama 50-55 minit bergantung kepada oven anda.


CUBALAH...!! TAK RUGI ANDA MEMCUBANYA KERANA KEK INI MEMANG SEDAP....



 

Comments

Popular Posts