NANGKA EMAS

Assalamualaikum..salam untuk semua. Alhamdulillah, dapat lagi merasai nikmat Allah yang tidak ternilai ini. Malam ini Ita tak nak berceloteh panjang-panjang sebab hari ini rasanya terlebih penat dengan urusan rumah tangga. ya lah..sekali seminggu je berpeluang untuk melangsaikan tugas rumah tanpa mengabaikan tugas seharian seperti memasak.

Tiba-tiba je..Ita teringat dengan pinggan makcik depan rumah ada dengan Ita kerana makcik depan rumah tu menghantarkan lauk untuk Ita sekeluarga. So, untuk tidak menghantarkan pinggan kosong itu, Ita pikir2..apelah yang nak Ita buat untuk diisikan kedalam pinggan itu sebelum menghantar ke rumahnya. Lastly.., dapatlah jawapannya. Nangka Emas!!!  Lamanya tak makan nangka emas. Kebetulan pula, petang ini Ita, hubby dan anak2 nak pulang ke rumah ma (ibu). Lalu Ita mengambil keputusan untuk membuat Nangka Emas...

Jom kita tengok resepinya...


Bahan-bahannya:

1/2 kilo kacang Dal - direndam selama 2 jam
4 cawan santan
2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung beras
15 biji kuning telur 
1 kilo gula pasir}
6 cawan air      }dimasak bersama


Cara-caranya:

  1. Kacang dal direndam terlebih dahulu selama 2 jam kemudian dikukus hingga masak.
  2. Kacang dal di kisar bersama-sama dengan santan sehingga halus.
  3. Masukkan kedalam periuk atau kuali. Ita guna kuali sebab senang nak kacau.
  4. Masukkan gula pasir (2 cawan) dan tepung beras.
  5. Kacau sehingga agak keras supaya senang untuk dibentukkan seperti biji nangka.
  6. Didalam periuk lain, didihkan gula pasir (1 kilogram) bersama 6 cawan air.
  7. Setelah itu, bentukkan adunan tadi menjadi seperti biji nangka dan dicelupkan ke dalam telur kemudian dimasukkan kedalam air gula yang mendidih tadi. Bila kelihatan telur yang membaluti biji nangka tadi masak boleh lah diangkat. Cara masaknya lebih kurang sama dengan ondeh-ondeh. Bezanya, ondeh-ondeh hanya memerlukan air sahaja tanpa gula.

Ita gemarkan kuih ini. tapi ia mengambil masa yang agak lama untuk disediakan. Jika teringin memakannya, tunggu saja hari minggu atau hari cuti. namun untuk mempercepatkan prosesnya. pagi-pagi lagi kita boleh rendamkan kacang dal itu supaya bila kukus tak mengambil masa yang lama.


SELAMAT MALAM...CUBA YA..JANGAN TAK CUBA..KUIH INI MEMANG SEDAP..TAPI AWAS IANYA MANIS....
 

Comments

Popular Posts