ORANGE OREO COOKIES

 Assalamualaikum, semuga semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. lebih sempurna lagi sekiranya dapat diserikan dengan solat sunat terawih. Alhamdulillah, walaupun letih sangat dengan tugas-tugas dipejabat namun, solat sunat terawih dapat juga Ita sempurnakan. Sampai rumah jam 10 lebih...ya Allah..ngantuknya. namun demikian..syukur lah dapat lah jugak Ita lawan perasaan untuk buat sedikit preparation untuk sahur nanti. Dalam hati..tak henti-henti memujuk diri..sabar-sabar...banyak pahala ni..

Itu lah, kita nasib kaum isteri dan ibu. Muga ada ganjaran dikemudian hari kelak. malam ini, sebelum tidur..Ita nak kongsikan resepi biskut raya yang dibuat pada weekend lepas. Muga teman-teman ku dapat idea untuk buat biskut raya nanti. Buat yah, yang kat institut pendidikan kota bharu tu..jangan tengok aje..cuba buat ya..hasilnya..bagitahu ya...




OREO ORANGE
BAHAN-BAHAN:
125 gm Mentega
20 gm Shortening
40 gm gula halus
1 sudu Black trakle
1 sudu oren paste
30 gm oreo kisar
30 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
180 gm tepung gandum

Hiasan:  coklat masakan putih dan bread crumb

Cara-cara:
1.     Pukul mentega, shortening, gula halus, oren paste dan black trackle.
2.    Masukkan oreo kisar, gandum, tepung beras dan tepung jagung.
3.    Uli hingga menjadi doh dan terap dengan acuan 4 segi.
4.    Bakar pada suhu 1600C selama 15 minit.
5.    Bila sejuk celip dalam coklat putih dan salut dengan bread crumb.


Jangan tak cuba tau..





Comments

Popular Posts