PUDING GULA HANGUS

                                                 PUDING GULA HANGUS

Assalamualaikum...

Salam sejahtera..selamat menyambut bulan ramadan yang mulia dan penuh barakah ini. Lama betul Ita tak ke udara ya. Sibuk memanjang.. tugas pejabat yang mengejar masa membuat kan  hobi Ita terbatas sama sekali. Namun alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk menenangkan fikiran dengan hobiku yang satu ini. Buat teman-teman yang selalu sms bila nak update entry baru, Ita ucapkan terima kasih kerana kalian masih sudi menunggu-nunggu resepi dari Ita untuk dikongsikan.

Banyak cerita untuk dikongsikan rasanya..sementelah lagi banyak pula perkara yang berlaku sepeninggalan Ita pada ruangan ini. Namun sabar ya..insyallah satu persatu akan ku luahkan nanti. Buat Yatie Memories..rasa-rasanya..nak cuba kuih talam yatie dibulan puasa ni...he..he..

Hari ini ingin Ita kongsikan desert kegemaran keluarga dengan teman-teman. Puding ini banyak Ita buat majlis perkahwinan adik-adik yang dibuat serentak pada bulan Mac lalu. Ramai pula yang tertanya-tanya resepi puding ini. Bila buat bulan puasa ni..teringat Ita pada permintaan teman-teman hari itu. So.. Ita kongsi kan disini ya.



BAHAN-BAHAN:

Bahan A

1 Cawan gula - dipanaskan didalam kuali dengan api yang perlahan hingga cair dan berwarna perang

Masukkan kedalam acuan puding.

Bahan B

1 tin susu pekat manis
10 biji telur
sedikit esen vanila
sedikit tepung jagung


Cara-Cara:

1. Bahan-bahan B dipukul perlahan -lahan hingga sebati.
2. Jangan pukul terlalu lama.
3. Masukkan kedalam acuan yang diletakkan gula hangus tadi.
4. Kemudian kukus hingga masak.
5. Bila masak, terbalikan puding tadi diatas pinggan dengan bahagian gula hangus berada diatas.
5. Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidang.


SELAMAT MENCUBA... hidanglah hasil airtangan kita buat insan-insan tersayang.

Insyaallah..Ita akan sertakan resepi biskut yang Ita telah buat untuk raya tahun ini..

Comments

Popular Posts