AGAR-AGAR LAICI KURMA

Salam sejahtera dan syukur alhamdulillah..dapat lagi kita merasai nikmat Tuhan yang satu ini. Masih bernafas.., masih sihat, masih ada rezeki untuk kita terus hidup dan paling penting bersabar dengan setiap dugaanNya. 

Bulan puasa ni.., lebihkan amalan daripada hari2 biasa kerana bulan ni..lah orang berebut-rebut untuk dapat pahala lebih. Banyakkan solat sunat selain yang wajib, lebihkan sedekah, jaga hati, jaga nafsu..dan seangkatan dengannya. Hidup kita kena banyak berfikir, fikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan, sabar dengan karenah orang yang kadang kala memening dan menyakitkan kita. Dengan berfikiran positif kita akan lebih tenang dalam mengharungi kehidupan kita.

So.., pagi ini Ita nak share kan resepi agar-agar Ita. Di bulan puasa ni.. agar-agar, puding atau pemanis mulut memang menu wajib untuk berbuka. Agar-agar ni nampak nya dah jadi favourite hubby. Apalagi kalau tengok dia makan sampai tak bernafas tu..maknanya kenalah selera dia. Kita pun apalagi..bangga lah kan.. tiada apa yang lebih mengembirakan kita bila kita dapat mengembirakan dia..

Jom kita tengok..macam mana nak sediakannya..

AGAR-AGAR LAICI KURMA

Bahannya:

10 gm serbuk agar-agar
1 tin laici
10 biji buah kurma - dipotong kecil2 memanjang
15 biji ceri merah - di belah 2
beberapa  potong kek coklat (ikut citarasa)
1 liter air
400 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-caranya:


  1. Masukkan air kedalam periuk bersama serbuk agar-agar dan gula. Masukkan daun pandan yang disimpulkan.
  2. Kacau perlahan-lahan hingga gula hancur.
  3. Tunggu hingga mendidih. Kemudian masukkan air laici dari tin tadi.
  4. Didalam acuan agar-agar..susunkan kek coklat yang siap dipotong. selangselikan dengan ceri, laici dan kurma.
  5. Curahkan agar-agar tadi kedalam acuan.
  6. Masukkan lagi kurma, laici dan ceri hingga habis.
  7. Sejukkan. Siapp....

  SELAMAT MENCUBA...

Comments

Popular Posts