Saturday, 27 July 2013

SAMPERIT BIJAN

Sambil Ita sertakan resepi lauk atau pemanis untuk berbuka puasa Ita selitkan juga resepi biskut ringkas untuk juadah raya ya..Ita  sertakan resepi semperit bijan ini untuk yang mahukan resepi ringkas. Mudah, cepat dan sedap. Pasti tetamu tak berkelip mata bila dihidangkan nanti..he..he...

Untuk yang sentiasa sibuk tetapi ada hati nak buat biskut..ni lah biskut yang simple.. Ita tak pernah jadikan alasan sibuk untuk sediakan biskut raya. nak-nak kalau kita buat malam raya sampai korbankan masa tidur.... .seronok sangat.....tu lah nikmat raya kita sebagai orang tua. Nak tunggu duit raya memang orang tak bagi dah.. melainkan cik abang kita yang bagi duit raya..ya tak? he..he..

Okey..berikut Ita tampilkan bahan-bahan yang perlu untuk penyediaan biskut SAMPERIT BIJAN...









SAMPERIT BIJAN

BAHAN-BAHAN:

200 gm Mentega
140 gm Gula Halus
180 gm Tepung Gandum
100 gm Tepung Jagung
15 gm Bijan Hitam


Cara-cara:

1.     Putar mentega dan gula halus hingga sebati.
2.    Masukkan tepung jagung. Diikuti dengan gandum serta bijan hitam.
3.    Masukkan kedalam acuan semperit.
4.    Bakar pada suhu 1600C selama 15-20 minit.