SWEET FLOWER COOKIES





Salam dan selamat pagi untuk semua. Pagi ini, Ita tak berapa sihat. Jadi Ita rehat di rumah aje. Tetiba je rasa sunyi yang teramat tanpa anak-anak dan suami.. Oh..! begini rupanya jika hidup bersendirian..tentunya kesunyian yang mencengkam hanya Tuhan saja yang tahu. Nak buat kerja tak boleh.., lantaran kesihatan yang tak mengizinkan. Dua hari lepas Ita terjatuh di pejabat, dan kaki terseliuh dan membengkak, jadinya terpaksalah berehat dirumah sementara menunggu kesihatan sempurna sepenuhnya. Sementara menunggu suami pulang untuk membuat follow up di klinik Ita isikan masa ini sekejap dengan meng update kan resepi yang ada dalam simpanan Ita untuk rujukan teman-teman dan adik-adik yang baru berjinak-jinak untuk membuat juadah raya.

Bagi yang belum pernah membuat biskut sendiri, elok lah mulakan dari sekarang kerana anda akan dapat merasakan kegembiraan menyediakan juadah raya hasil dari air tangan sendiri. Apalagi jika anda seorang perempuan kerana, pada masa kini lelaki pun dah pandai memasak, malah lebih hebat dari kita kaum perempuan. Tak segan ke..?

Apapun terpulanglah kepada diri sendiri.., kalau dah tak minat tu..nak buat macam mana..Alhamdulillah.., Ita, suami dan anak-anak semuanya minat kedapur. Sup dari air tangan suami yang paling best yang pernah Ita jumpai...suami Ita memang suka ke dapur, jadi..kalau emergency atau ketiadaan Ita anak-anak tetap dapat makan dirumah tanpa perlu ke kedai untuk membeli makanan. Alhamdulillah...

Berbalik kita kepada tujuan asal...biskut Ita kali ini agak special jugak, biskut ini banyak mendapat tempahan pada musim lalu.. Musim raya tahun ni Ita tidak mengambil tempahan, dek kerana tugas yang semakin sibuk dan mencabar ..he..he.. lagipun menerima tempahan adalah lebih kepada minat dan hobi.. kerjaya tetap diutamakan..

Okey..jom kita intai-intai resepi biskut Ita kali ini.

SWEET FLOWER COOKIES

SWEET FLOWER COOKIES

BAHAN-BAHAN:

140 gm mentega
100 gm Gula aising
35 gm Nestum – di kisar
40gm Tepung Jagung
220 gm Tepung Gandum

Hiasan:  Coklat Masakan warna Pink.

Cara-Cara:

1.      Putar mentega dan gula hingga sebati.
2.    Masukkan nestum, tepung jagung dan gandum.
3.    Uli hingga jadi doh dan terap dengan menggunakan acuan bentuk bunga.
4.     Bakar selama 15 minit pada suhu 1600C.
5.    Bila sejuk hiaskan dengan coklat masakan yang dicairkan.



CUBA ya....

Comments

Popular Posts