ALMOND LONDON COOKIES

Assalamualaikum...

Apakhabar semua.. harap semuanya sihat. ooooohh..penat teramat. sehinggakan tak dapat nak berterawih pada malam ni.. Jadi Ita update kan Biskut Almond London yang diminta oleh sepupu Ita 2 hari lepas.. maaf lah ya. Sampai dirumah waktu berbuka dah lewat..sedihnya.. Kerja pejabat yang banyak dan tak dapat dielakkan.


Okey jom kita tengok bahan-bahan dan cara2nya..

 Bahan-bahannya:

 250 gm Mentega
  80 gm Gula aising
200 gm Tepung Jagung
100 gm Tepung Gandum
30  gm tepung Susu
Badam secukupnya- di bakar terlebih dahulu
Coklat masakan secukupnya
Cawan kertas 
Badam cincang untuk hiasan


Cara-caranya:

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan semua bahan kering. Gaul rata.
  3.  Ambil sedikit adunan salutkan badam. jangan terlalu besar kerana ia akan menjadi besar bila dibakar.
  4. Bakar  dengan api 160C selama 15 minit.
  5. Celupkan dalam coklat yang telah dicairkan secara double boiler...
  6. Masukkan ke dalam paper cup, hias dengan badam cincang atau sebarang hiasan lain. Biar ia sejuk dan keras. 
SELAMAT MENCUBA..





 

Comments

Popular Posts