ASAM PEDAS IKAN TALAPIA

Assalamualaikum...

Semuga sihat semuanya.. emm hari raya dah hampir tiba ya. Tentu dah ramai yang buat persiapan nak menyambut hari kemenangan ini. Juga tentunya ramai yang dah mula bercuti dan balik ke kampung halaman. Yang dapat cuti tu beruntung lah ya..kerana masih sempat berbuka puasa dengan orang tua di kampung. Nak-nak lagi cuti sekolah sudah bermula, lagi lah meriahnya..

hmm..malam ini Ita nak kongsikan Asam Pedas Ikan Talapia, yang ni juadah semalam..Ni first time Ita masak asam pedas ikan ni.. Biasanya kalau asam pedas Ita guna ikan tenggiri.., jom kita tengok apakah bahan2 yang diperlukan untuk masak asam pedas ni..


Bahan-bahannya:

3 ekor ikan talapia sederhana besar - cuci dan potong 2
2 kuntum bunga kantan - dibelah dua
1 ikat daun kesum - bersih dan toskan
2 keping asam gelugor
garam secukupnya.

Bahan kisar:

3 biji cili kering
5 biji bawang merah
1 inci kunyit
2 inci lengkuas
seikit belacan - sebesar hujung jari manis
1.5 liter air
Kisar semua bahan kisar bersama air.

Cara-caranya:

  1. Bahan kisar dimasukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan garam serta asam gelugor.
  3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  4. Bila ikan masak bolehlah dihidangkan.
 
SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts