Friday, 30 August 2013

NASI ARAB

ASSALAMUALAKUM,

Apa khabar teman-teman semua. Ada lagi ke mood raya?? He..he... apa-apa pun terpulang lah..yang sudah sibuk bekerja tu, tentunya dah hilang mood raya disebabkan tugas dan tanggungjawab yang terpikul terlalu banyak membuatkan kita alpa kepada perkara-perkara yang macam tu. Namun jamuan raya masih ada lagi.. di sesetengah tempat.

Ita juga tidak ketinggalan..,masih lagi ada undangan untuk jamuan hari raya. Tahun ini Ita sediakan nasi arab sebagai menu hari raya Ita untuk hidangan para tetamu. Lama betul Ita tak update blog ni and dah banyak stok yang Ita ada untuk diupdatekan. Walau pun semenjak akhir-akhir ini Ita sangat sibuk dengan tugas seharian namun menu yang Ita hidangkan untuk family tetap Ita abadikan dalam kamera Ita, cumanya tak berkesempatan untuk diupdatekan.

Jom kita semak resepi nasi arab Ita.

BAHAN-BAHAN:

3 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
30 gm soon
250 gm beras basmati
400 ml air rebusan ayam
1 camca teh garam
100 gm kaang gajus-dipanggang

Cara-caranya:

  1.  Basuh beras hingga bersih - toskan.
  2. Masukkan minyak dan mentega.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan garam.
  4. Masukkan beras basmati.
  5. Tunggu hingga nasi masak.
  6. Didalam kuali, goreng soon hingga garing. Angkat dan toskan.
  7. Bila nasi masak, masukkan kacang gajus dan soon.
  8. Sedia untuk dihidang.

Ita selalu sertakan lauknya dengan acar dan gulai ayam. Jika suka boleh juga hidang bersama ayam kukus kas-kas dan dalca daging.