COFFEE HONEY COOKIES


ASAALAMUALAIKUM....

Apa khabar semua. Hai.... tak lama lagi kita nak raya. Kalau dulu kanak-kanak yang paling gembira untuk menyambut hari raya ya..tapi dah berlainan pulak dengan zaman sekarang.., orang tua yang lebih-lebih..he..he... rasanya banyak perbelanjaan persiapaan untuk menyambut aidil fitri di habiskan oleh yang dewasa... mungkin kuasa membeli sekarang jauh berbeza dengan zaman dulu. Lagi pun, cara untuk mendapatkan duit lebih luas berbanding dengan zaman dulu yang terhad.

Apa pun..kita harus elakkan pembaziran.. Jangan dibeli sesuatu yang tak berfaedah, apatah lagi jika sampai sanggup berhutang. Lebih baik kita manafaatkan wang itu ke jalan betul. Dan kita akan sentiasa ingatkan diri kita kepada yang tidak mampu dan lebih susah dari kita. Dari situ, kita mungkin akan ada sedikit rasa insaf untuk tidak melakukan pembaziran.

Untuk kali ini Ita nak share kan resepi biskut Coffee Honey Cookies. Semalam Ita, suami dan anak-anak dah siapkan dalam 15 bekas biskut Almond London. Ita buat sikit2..time cuti..untuk dibawa kerumah saudara mara nanti bila berkunjung.

Okey...jom kita semak resepinya..









COFFEE HONEY COOKIES

BAHAN-BAHAN:
125 gm Mentega
50 gm Gula Halus
170 gm Tepung Gandum
25 gm Tepung Jagung
20 gm Coffee Mate
35 gm Cococrunch – dikisar halus
1 biji kuning telur
2 sudu besar madu
1 sudu kecil perisa kopi

Hiasan: Jelly tip warna merah, kuning telur dan poppy seed.

Cara-cara:
1.     Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga sebati.
2.    Masukkan coffee mate, madu dan perisa kopi, gaul sebati.
3.    Masukkan tepung jagung, cococrunch dan gandum. Uli hingga jadi doh.
4.    Terap dengan acuan yang dikehendaki, sapu kuning telur, hias dengan jelyy tip dan tabur poppy seed.
5.    Bakar selama 15 minit pada suhu 1600C

SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts