CONFLAKES MADU

ASSALAMUALAIKUM..

sELAMAT hARI rAYA buat teman-teman. Maaf zahir dan batin ya.. kalau ada salah dan silap. Bagi yang gemar buat biskut berlebih-lebihan tu.., eloklah dihadiahkan kepada saudara mara dan rakan taulan bila berkunjung nanti. Kali ini  Ita akan kongsikan resepi yang tersangat mudah tapi banyak permintaan dan disukai ramai. Mungkin kerana kerangupannya dan rasanya manis-manis madu gitu.. Peminat atau pengemar biskut ini bukan dari kalangan dewasa sahaja malah kanak-kanak pun sukakannya.

Okey tak perlu nak cakap lebih-lebih..baik cuba..bukan apa.. sebab dia mudah sangat...CUBA LAH..







 CONFLAKES MADU 

BAHAN-BAHAN:
150 gm       Mentega
150 gm       Madu
6 cawan      Conflakes
5 sudu        Besar Golden Syrup
50 gm         Biji Bunga Matahari
10  gm        Bijan Hitam
100 gm       Ceri Merah – di cincang
Cawan Kertas secukupnya

Cara-Cara:
1.     Panaskan mentega, madu dan  golden syrup diatas api perlahan.
2.    Campurkan semua bahan-bahan kering.
3.    Curahkan mentega yang dicairkan tadi keatas bahan-bahan kering dan gaul rata-rata.
4.    Masukkan kedalam cawan kertas.
5.    Bakar pada suhu 1500C selama 10 minit.

  AA..SENANG KAN...


Comments

Popular Posts