TAUHU SUMBAT

Bagi pengemar sayur, tauhu sumbat adalah pilihan yang tepat untuk dimakan secara santai. Sebagai hidangan petang atau pun makanan ringan selepas makan tengahari. Ita sangat gemarkan sayur, jadinya tauhu sumbat adalah salah satu makanan kegemaran. Anak2 kurang suka dengan makanan ni..tapi mungkin ianya bukan sejenis makanan kanak2 yang sedang membesar. Bila berkunjung ke pasar atau  pasaraya, membeli tauhu adalah kemestian.

Berikut Ita senaraikan bahan-bahan yang perlu untuk membuat Tauhu Sumbat.


Bahan-bahannya:

5 keping tauhu - digoreng dan dibelah 2 menjadi bentuk 3 segi
1/2 Cawan Taugeh 
1/2 batang carrot sederhana besar - dipotong memanjang
1/2 biji timun - dipotong memanjang
1/2 biji sengkuang - jika suka, juga dipotong memanjang 

Cara-cara nya:
  
  1. Sayur-sayur tadi digaul.
  2. Tauhu tadi  dipotong tengahnya untuk disumbat sayur.
  3. Sumbat kan sayur dan hidang bersama sos.

SOS

1 senduk kecil sos cili
1 senduk kecil sos tomato
1/4 senduk cuka
1 camca teh garam
2 sudu gula
4 sudu air

Cara-cara:

Masukkan semua bahan tadi kedalam periuk dan masak diatas api perlahan. Kacau hingga gula hancur. Hidang bersama tauhu tadi.

SELAMAT MENCUBA..

 
 

Comments

Popular Posts