CUP CAKES CREAM CHEESE



Salam semua...lama betul ita tak keudara ya.. ita sibuk betul sekarang ni. Rutin harian yang semakin mencabar membuatkan ita rasa teramat singkat waktu berlalu. Tak terkejar dek masa rasanya. Namun jauh di sudut hati ita..ita tetap rindukan segmen ini. Ya..segmen yang dapat berkongsi resepi didapur. Namun dapat juga mesej dari kawan-kawan yang bertanya..kenapa ita lama menyepi...uuuuhh!..sungguh sedih bila mendengar rungutan itu..timbul rasa bersalah dalam jiwa.. namun cepat2 ita pujuk hati ita..yang ita harus akur dengan keadaan yang tidak mengizinkan.. 

Malam ini ita nak kongsikan resepi ringkas iaitu cupcake cream cheese. Cup cakes ini ita buat sempena jamuan raya disekolah anak ita. Bila dia meminta ita buatkan makanan untuk dibawa kesekolah sempena majlis raya, lalu ita terfikir untuk buatkan kek kecil ini. Buatnya..amatlah ringkas, sementelah lagi hari kerja..emm..tak apalah walaupun cuma kek ringkas, asalkan dapat memenuhi keinginan anak ita.

Jom kita semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA;
A

6 biji telur
1 sk ovelette
1 sudu kecil air
240 gm  gula halus
260 gm tepung gandum
1 sk serbuk penaik

B

270 gm mentega
3 sudu besar susu pekat


CARA-CARANYA:

Pukul bahan-bahan A hingga gebu, ketepikan.
Pukul bahan B hingga kembang.
Campurkan A dan B.
Sendukkan kedalam mangkuk kertas dan bakar paa suhu 170C selama 15 minit.
Bila masak sejukkan.

CREAM CHEESE

120gm gula aising
120 gm mentega
250 gm cream cheese

Cara-Caranya:

Putar mentega, gula aising dan cream cheese hingga kembang.

Hiaskan diatas cupcake dan letakkan buah strawberry yang dipotong 2.

SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts