KARI TERUNG

Salam..salam...untuk teman-teman semua... yuuu..... lamanya tak ke udara. Malam ni Ita gagahi juga untuk memenuhi hobi Ita yang satu ini. Walaupun baru beberapa minit tiba dirumah..terasa rindu sangat nak meng updatekan blog ita ini.

Teman-teman, Ita malam ini nak updatekan resepi kari terung. Dek kerana kari adalah sebahagian dari  masakan dirumah ita .., banyak lauk pauk yang dihidangkan berasaskan kari. Cuma Ita sahaja yang tidak berapa gemar akan kari. The rest...very interested... terutamanya hubby. so..apalagi..mana yang dia suka..yang tu lah kita akan buat. Tidak ada perkara yang paling membahagiakan kita, selain dapat melihat orang-orang tersayang menikmati masakan kita dengan rakussnye...he..he...

opss!! jangan lebih-lebih...key..jom kita check resepinya...



Bahan-Bahannya:

5 biji terung - dipotong
5 ulas bawang merah}
5 ulas bawang putih}  dimayang
1 inci halia}
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1/2 camca teh halba
garam secukup rasa
1 sudu besar gula
1 sudu besar cili giling
1 batang timum - dipotong
2 biji lada merah dan hijau
1 biji tomato - di belah 4
2 sudu besar serbuk kari}
1 sudu besar serbuk kari babas} dibancuh bersama air
1 cawan santan pekat
1 liter air
2 tangkai daun kari
minyak untukmenumis

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak,masukkan bawang putih dan bawang merah yang dimayang.
  2. masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, halba, daun kari dan bunga lawang serta halia.
  3. Bila naik bau, masukkan kari. Kacau hingga kari naik bau.
  4. Masukkan santan dan air serta timun dan terung. Masukkan garam, cili giling dan gula.Kacau.
  5. Bila sayur masak, masukkan tomato dan lada.
  6. Sedia untuk dihidang...

 SELAMAT MENCUBA YA....

  1. Bila mendidih, masukkan garam, gula

Comments