KEK GULA HANGUS

Assalamualaikum,... salam untuk semua. Alhamdulillah.., syukur kepada Nya kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati pemberian Nya. Lately,..agak penat sedikit kerana hujung minggu masih dibebani dengan tugas-tugas pejabat. Kemarin dan hari ini Ita terpaksa kepejabat untuk menyelesaikan tugas-tugas yang diamanahkan. Terkadang terbit rasa bersalah kepada anak-anak, kerana terasa diri mengabaikan hak mereka. Namun itulah pengorbanan yang harus mereka redai lantaran ditakdirkan mempunyai ibu yang bekerjaya.

Namun dikesibukan itu, sempat Ita luangkan masa untuk menyediakan sebiji kek sebagai hidangan minum petang tadi. Kek yang Ita buat hari ini adalah kek gula hangus. Jom kita kongsi resepi nya yang boleh dikatakan memang ringkas, sedap dan cepat disediakan.


BAHAN-BAHANNYA:

A
1 cawan gula
1 cawan air
60 gm marjerin

B
1 cawan gandum
1 sudu kecil sodium bikarbonat
1/2 sudu baking powder

C
4  biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
500 gm susu pekat manis


CARA-CARANYA:


  1. Masukkan gula kedalam periuk, panaskan dengan api yang perlahan. Biar hingga gula hancur dan berbuih. Ita suka sehingga ia menjadi hitam agar kek kita nampak seperti hangus.
  2. Kacau..,  pastikan semua gula larut. Masukkan air perlahan-lahan..hati-hati ya.. kacau lagi hingga gula hancur.
  3. Pastu..tutup api dan masukkan marjerin. Kacau hingga marjerin hancur. Sejukkan.
  4. Didalam bekas lain, ayak tepung gandum, sodium bikarnonat dan baking powder. Ketepikan.
  5. Masukkan telur kedalam blender dan kisar sekejap.., kejap je..sambil tu, masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Kalau rajin pukul dengan whisk pun dah memadai..tapi sebab Ita nak cepat..Ita kisar dengan blender lebih kurang 3 minit gitu...
  6. Campurkan adunan telur tadi dengan gandum dan kacau hingga sebati. Tapi..kalau berketul-ketul tu tapis lah ya.
  7. Kemudian masukkan gula hangus tadi kacau lagi.
  8. Letakkan kertas alas kedalam acuan dan sapu minyak pada acuan itu. Marjerin pun boleh jugak, ..Ita guna minyak jagung untuk sapu pada acuan tu.
  9. Masukkan adunan kedalam acuan tadi. Tutup adunan itu dan biarkan selama dua jam. Kalau nak lubang-lubang kek tu banyak boleh lah dibiarkan adunan tu 3 hingga 4 jam sebelum dibakar.
  10. Pastu boleh lah dibakar selama 1 jam dengan suhu 170C.

SELAMAT MENCUBA..JUMPALAGI...

Comments