MUFFIN VANILLA

Salam sejahtera,..alhamdulillah bertemu kembali. Untuk kali ini Ita nak tampilkan resepi muffin. Muffin ni boleh dikata kan setiap minggu Ita mendapat tempahan. Oleh kerana cara membuatnya yang amat mudah, maka setiap tempahan yang diterima Ita tak pernah tolak. Ia tidak mengambil masa yang panjang untuk menyediakannya. Biasanya tempahan yang diterima adalah untuk majlis hari jadi atau majlis kahwin. Sengaja Ita ketengahkan resepi ini, manalah tahu ada yang jadikan resepi ini sebagai sumber pendapatan sampingan atau sebagai hidangan minum petang buat keluarga.

Untuk tidak membuang masa, berikut adalah resepinya: suka lah Ita nyatakan, Ita selalunya suka alter sedikit resepinya mengikut citarasa Ita. kalau nak rasa chip yang sedap, bolehlah ditambah atau dilebihkan coklat chip, atau diletakkan blueberry filling didalamnya.. berikut adalah resepi asasnya ya..

BAHAN-BAHANNYA:

250 gm mentega
230 gm gula halus
7 biji telur gred B
530 gm tepung gandum (Ita guna brand red ros)
2 sk esen vanilla
30 gm serbuk penaik
245 ml susu segar


Cara-caranya:

  1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
  2. Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung yang diayak bersama baking powder yang di selang selikan dengan susu segar.
  3. Gaul sebati. Masukkan ke dalam acuan muffin sebanyak 3/4 acuan.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.
  5. Boleh ditabur dengan badam atau coklat rice sebelum dibakar.
Di serikan dengan acuan muffin yang pelbagai corak, mestinya memberi keterujaan kepada kanak-kanak.
Tempahan yang telah siap... Thanks buat Za yang menempah muffin Ita sempena jamuan raya ya..

Comments

Popular Posts