Wednesday, 16 October 2013

CHECKERED CAKE ALA WILTON

Salam sejahtera buat kekawan semua.. Alhamdulillah kita masih dapat ke udara lagi, dapat bersembang lagi...dapat menikmati lagi nikmat Allah yang paling sempurna ini. Ita selalu memikirkan sampai bila Tuhan akan bagi pinjam segala nikmat yang dikurniakan ini. Dan..sampai bila masa nya akan ditarik kembali nikmat ini, kerana kita sedia maklum..semua ini adalah pinjaman sahaja. Dengan itu, Ita sentiasa menghargai setiap apa yang diberikan dan menganggap sesuatu perkara yang kadang kala menyakitkan  dan menyusahkan kita itu adalah suatu ujian yang Tuhan berikan untuk menilai sejauh mana kesabaran dan keimanan kita. Jika kita fikirkan begitu sekurang-kurangnya hati kita akan terpujuk dan menganggap hanya sebahagian kecil dari  rencah kehidupan kita.

Tak dapat di nafikan dalam mengharungi kehidupan kita seharian kita tak dapat lari dari menemui orang-orang yang kadang-kala memberi masalah kepada kita.., walaupun kita sama sekali tidak menjaga tepi kain mereka. Sebab itu Ita amat memilih mencari kawan-kawan. Suami selalu mengingatkan Ita, carilah kawan yang boleh di tumpang masa susah dan senang kita. Bukan setakat untuk bergembira dimasa senang kita sahaja malah dapat membantu dan memahami ketika kita berada dalam kesusahan. 

Tapi.., oleh kerana kehidupan Ita banyak dihabiskan dipejabat, maka kawan-kawan Ita kebanyakannya yang berada disekeliling kita sehari-hari... , dimana masa bersama mereka lebih daripada 12 jam sehari menghadap muka yang sama setiap hari..he..he..Secara tak langsung kita akan rasa sayang kepada kawan-kawan yang telah kita kenali berbelas-belas  tahun. 

Untuk menghargai salah seorang kawan Ita kali ini, Ita ingin menghadiahkan kek dari air tangan Ita yang  tidak seberapa sempena hari jadinya yang ke 56 tahun. Kak Zainun ni orangnya cantik dan masih kelihatan muda lagi.. awet muda lah katakan...he..he... Nanti satu masa kita akan sampai juga ke tahap tu kalau ada umur panjang...Insyaallah.. Nak capai umur macam kak Nun ni..mungkin rasa jauh lagi tapi pejam celik,..pejam celik.. tut..tut.. dah sampai..he..he..


Dengan masa yang suntuk, sempat juga ita sediakannya. Maaflah Kak Nun, deco nya tak berapa menarik, terlalu simple sebab kesuntukan masa.

Buat Kak Nun, Ita ucapkan HAPPY BIRTHDAY TO YOU... semuga Allah murahkan rezeki dan panjang umur, juga Ita doakan semuga Kak Nun sentiasa dalam peliharaan Allah.