Sunday, 27 October 2013

CUCUR BAWANG

Salam semua....harap sinar yang menyinari anda semua ya. Syukur ya dapat bertemu kembali. Teman-teman masak apa hari ini. Bagi suri rumah sepenuh masa tentu nya mempunyai   masa extra sedikit jika dibandingkan dengan yang bekerja.. Bagi yang bekerja tentu macam lipas kudung bila berada didapur..ya lah ..masa tentunya mengejar kita dan serasakan 24 jam sehari begitu pantas berlalu. Seperti Ita lebih kurang 12 jam berada di pejabat membuatkan masa didapur amat terbatas sekali. Dengan masa yang sedikit itulah nak mengemas dapur, nak memasak, nak pikirkan hidangan apa yang harus dibuat. Nak  masak benda yang sama setiap hari tentu akan menerima kritikan pulak nanti..hu..hu..

Untuk pagi ku yang memaksa ku bergerak pantas..Ita sediakan cucur bawang buat sarapan untuk anak2.., sambil2 tu..boleh buat bekal ke tempat kerja.. Kalau nak cepat lagi buat malam dan letak dalam peti kemudian goreng pagi  esok. aa..mcm tu lah kalau nak cepat..

 Cucur bawang ni memang lembut kalau cecah dengan sos cili lagi best.. Jom kita tinjau resepinya..

Bahan-bahannya:

400gm tepung gandum
1 sudu yis  (Ita guna brand Mauripan)
2 batang daun bawang - dihiris
2 batang daun sup - dihiris
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji cili merah - dicincang
1 1/2 sudu garam
Sedikit serbuk lada sulah
200 gm udang - dibersih, buang kulit dan dipotong kecil2..
Air secukupnya
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan kecuali air. Gaul rata-rata.. pastu masukkan air sedikit  demi sedikit. Adunan jangan terlampau cair atau terlampau keras..sedang-sedang saja.. pastu biarkan adunan ini selama 30 minit.  Kemudian panaskan minyak dengan api yang sederhana dan sudukan adunan untuk digoreng. Ia akan kembang dengan cantik. Bila warnanya agak keemasan bolehlah diangkat.

Siap..

SELAMAT MENCUBA..