DAGING GORENG ALA KAMPUNG

Assalamualaikum... Selamat Hari Raya Aidil Adha semua..,  Untuk malam ini Ita nak update kan menu ringkas iaitu Daging Goreng Ala Kampung. Ini sempena daging korban pada hari raya, tak tahu nak masak macam mana, badan pun dah letih pergi tempat sembelihan, tapi bukan Ita yang buat pun..Ita cuma menengok je... Untuk tahun ini Ita buat korban di Jerteh, Terengganu, kebetulan adik Ita tinggal disana, dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Kota Bharu, lalu Ita terima perlawaan adik Ita itu. Harga adik beradik katanya. Adik ipar Ita memang rajin orangnya. Walaupun status nya seorang guru tapi sempat juga memelihara lembu sekor dua. Bagus betul dia. Kalau orang lain waktu terluang sibuk pergi gym tapi dia lebh suka berkebun. Tanam tebu dan pisang, lagi dapat hasil katanya. Peluh keluar..poket pun penuh...gitu..he..he...

Berikut Ita senaraikan bahan bahan yang boleh dikatakan memang ringkas untuk menyediakan daging goreng ini.


BAHAN-BAHANNYA:

400 gm daging- dipotong kecil2 atau ikut suka hati lah
5 bji cili hijau besar - dihiris
2 biji bawang besar - kalau nk 1 biji pun ok gak..Ita suka bawang banyak..
1 labu bawang putih..dihiris nipis2.. 
1 1/3 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula 
sedikit minyak untuk mengoreng

itu je..ringkas kan..

CARA NYA;

  1. Daging dibasuh dan disejat.
  2. Letak daging yang digaul garam ke dalam kuali dan tutup kuali.
  3. Guna api perlahan, tunggu hingga daging masak dan air kering.
  4. Jangan tambah air ya, sebab daging akan keluar air dan kacau sekali sekala dan tunggu air kering ya.
  5. Bila air kering, masukkan minyak.
  6.  Masukkan bawang putih dan kacau.
  7. Masukkan gula dan kacau.
  8. Akhir sekali masukkan cili hjau dan bawang besar.
  9. Angkat dan hidang...best...cepatkan..

Comments

Popular Posts